Bekas anggota Shichibukai

Sir Crocodile

Berpakaian ala ketua Mafia dengan kot jubah bulu yang disangkut pada bahu, memiliki parut panjang menyilang wajahnya merentasi hidung dengan mata separuh tertutup. Tangan kirinya merupakan cangkuk besi sama seperti kapten Hook dalam cerita Peter Pan. Seorang yang dingin dan kejam, dia bercita cita untuk menakluki Alabasta melalui perancangannya untuk menjatuhkan raja yang memerintah Alabasta.

Crocodile juga merupakan ketua sindiket Baroque Works, dengan nama kod Mr. 0, sebuah organisasi pembunuh yang dianggotai oleh sekumpulan pembunuh handalan, Crocodile memiliki kuasa buah syaitan pasir yang membolehkan tubuhnya berubah menjadi pasir dan kuasa memanipulasikan pasir. Dia begitu angkuh kerana kekuatannya namun kemudian tewas di tangan Luffy di Alabasta dan pangkatnya dilucutkan. Dia dipindahkan ke Impel Down, sebuah Penjara yang ditakuti dunia.

Jinbei

Bekas ketua bagi lanun manusia ikan yang kini diterajui oleh Arlong, mempunyai niat dalam pendamaian dunia lanun. Pada asalnya sangat menbenci semua lanun di dunia tetapi sangat menghormati Lanun Janggut Putih kerana melindungi pulau manusia ikan yang dahulunya sering menjadi sasaran lanun untuk menculik duyung dan menjual dengan harga yang mahal. Membantu Luffy dalam perjalanan menyelamatkan Ace yang hampir dihukum mati setelah ditangkap oleh angkatan laut. Kedudukannya sebagai Shichibukai dilucutkan setelah dia enggan bekerjasama dalam perang menentang Lanun Janggut Putih malah membantu Luffy dalam usahanya menyelamatkan Ace.

Gecko Moria

Kapten bagi Thriller Bark, sebuah taman tema di atas pulau hantu yang telah diubahsuai menjadi sebuah kapal yang terbesar di dunia, memiliki kuasa memanipulasikan bayang bayang. Tewas di tangan Luffy. Selepas perang menentang Lanun Janggut Putih, dia dibunuh oleh Doflamingo yang diarah oleh pihak atasan dalam Marin.

Marshal D. Teach

Dikenali sebagai Lanun Janggut Hitam. Berbadan besar dengan baju putih yang tidak berbutang mendedahkan bahadian dadanya yang berbulu lebat, memakai topi hitam berbentuk sarung. Memiliki kuasa mengawal kegelapan yang menyerap segala yang disentuh oleh kegelapan tadi seperti lubang hitam. Kuasanya dianggap yang paling berbahaya di antara semua kuasa buah syaitan.

Teach dilantik menjadi Shichibukai menggantikan Crocodile setelah menewaskan Portagas D. Ace yang berkuasa api. Namun demikian, dia meletakkan jawatan sebagai Shichibukai semasa penghujung peperangan menentang Lanun Janggut Putih berikutan kejayaannya merekrut beberapa orang banduan paling berbahaya sebagai ahli kumpulannya serta memperolehi buah syaitan Gura Gura daripada Janggut Putih melalui kaedah yang tidak diketahui.